Memandangkan blog ni memang khas update setahun sekali jaa.. haaaaa ni nak mai habaqqqqq nak maiii ceghitaaaaaa kat hampa semua pasai tajuk hat kat ataih nung. Hampaaa semua mesti nak tau kan lebih lanjut pasai ni. Alhamdulilah cik zue dah pun tamat pengajian pada Julai 2015 dan telah bergraduasi pada April 2016 haaa lamaaa tu nak tunggu untuk convocation day. Dan telah berjaya jugak mendapat maklum balas daripada PTPTN lepas ni dipanggil Perbadanan (hat yang kami pinjam duit dulu nak sambung dgreee tuuu) alaaa mesti hampa familiar kan. Haaaaaa Alhamdulilah permohonan kami untuk terkecuali dalam pembayaran balik pinjaman telah diluluskan. Terusss lah kami kongsikan kegembiraan haaa pi buh kt instagram share pulak laaa kat facebook nung.. Ada yang mai tanya nak buat macam mna, proses berapa lama, nak dokumen apa, nak pointer berapa. Sebenarnya mudah jaaa and ni kami mai update sebab nak bagitau hampa mcm mana kami buat.
Yang pasti hampa ni budak degree dan kena grad dulu. sbb time tu lah hampa dapat scroll/degree certificate and full transcript hampa. Dan hampa make sure lah yang hampa first class degree holder atau setaraf dengannya baru hampa boleh mai mintak pengecualian nohh. Lepas tu hampa cepat cepat la pi website PTPTN > http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian untuk semak syarat syarat yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan tu. Baca nahh, lps tu hadam dan fahami lah pulak mengenai soalan lazim dekat sini > http://www.ptptn.gov.my/web/guest/pengecualian-bayaran-balik dan dah rasa mencukupi syarat yang telah ditetapkan, maka boleh la pergi ke website ni pulak untuk mendownloadload load borang pengecualian tersebut > http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 (ambil yang no. 2). Okay hampa da dapat borang complete kan and make sure hampa kena ada salinan degree certificate dan full transcript yang dah dicop pengesahan oleh timbalan pendaftar / bahagian pengurusan rekod yang mengeluarkan sijil sijil tersebut sahaja. Kalau UiTM tak silap cik zue, kena pi mintak pengesahan kat UiTM Shah Alam. Takpa laa mai jauh2 pon.. Nanti berbaloi baloiiiii.. Oh yaa lagi 1 hampa make sure nahh ada tulis kelas pertama pada sijil degree hampa. And don't worry PTPTN tak measure pointer dah as long as hampa memang student kelas pertama mengikut requirement universiti hampa. Dah complete semua hampa pi lah pejabat PTPTN yang berhampiran untuk majukan permohonan tersebut. Mudah ja kan?
Lagi.. yang boleh cik zue bebel, untuk diploma holder, make sure hampa ada settle hutang diploma (in case hampa guna loan ptptn sewaktu diploma) bagi memudahkan urusan pemprosesan pengecualian bayaran balik tu. Atau sekurang kurangnya mengikut persetujuan jumlah yang telah ditetapkan, Peringatan juga selepas grad hampa buat cepat cepat nohh application ni since permohonan valid setahun dari tarikh konvo hampa. Paham dak kami ceghita ni?
Ni nak mai tunjuk surat kelulusan yang diterima. Kami apply dalam awal bulan 5 hari tu lepas kami grad dan Alhamdulilah bulan 7 kami dah terima surat kelulusan daripada PTPTN.
Okay tak mau bebel lagi dah. Good luck untuk hampa semua nohh. In sha Allah dipermudahkan segalanya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari cik zue, in sha Allah bertemu di lain waktu.
Wassalam.
sis kalau konvo dah 14 bulan boleh apply lagi?
ReplyDeletesetahu saya untuk permohonan pengecualian, validity untuk memohon adalah setahun dari tarikh bergraduasi.
DeleteSis macam saya konvo bulan may 2017 ptptn cakap 6 bulan lepas tamat belajar, boleh bayar tanpa caj upah, masuk bulab yg ke-7 tu kena bayar skali dengan caj upah. Kalau saya tak nak bayar lagi sampai konvo x pa ke? Sebab saya pun first class juga.
ReplyDeleteSis macam saya konvo bulan may 2017 ptptn cakap 6 bulan lepas tamat belajar, boleh bayar tanpa caj upah, masuk bulab yg ke-7 tu kena bayar skali dengan caj upah. Kalau saya tak nak bayar lagi sampai konvo x pa ke? Sebab saya pun first class juga.
ReplyDeletekalau ikut experience saya, saya tak pernah bayar pun sebelum konvo and slps konvo since saya mmg aim nak convert pt saya kpd biasiswa
Deleteuntuk uitm first class degree berapa pointer ye?
ReplyDelete3.5 and above.
DeleteSalam, kene kasi by hand ke dekat pejabat ptptn? Kalau pos boleh tak?
ReplyDeleteWassalam. I prefer you bagi by hand. Dekat situ dia boleh semak sekali dokumen2 you. Kot2 ada yang tak complete ke boleh tahu terus.
DeleteSalam, kene kasi by hand ke dekat pejabat ptptn? Kalau pos boleh tak?
ReplyDeletesalam, sy lepasan spm 2016, klau sy tak tuntut wpp dlm tempoh yg dberikan 60 hari, ianya akn terbatal dgn sendiri ke? sbb org ckp klau kita pinjam wpp, even dpt ijazah kls pertama, kita tak dapat pengecualian pinjaman.
ReplyDeletewassalam. wpp tu wang pendahuluan ke? sy amik je wpp masa awal awal buat degree haritu. & bayaran semula dia deduct duit ptptn kita masa study.dia bg wpp 1500 & deduct 500 for 3 semester. so settle dahla kt situ. so blh jela dpt pengecualian. :) kalau awak tak nak amik xpela. x effect apa apa pun.
DeleteSalam sis, mw tnya mcm kes sy..sy apply pt start masuk duploma lg , ptptn taja smpai semester 6.then sy further study ambik degree, so bru ni 3hb 5 2017 bru abis convo alhamdulillah first class.so soalan sy, bole tidak sy tuntut untuk pengecualian bayaran blik pinjaman sy sekiranya sy ada di taja dengan agensi lain contoh jpa..
ReplyDeleteThen, boleh kah sy menntut pengecualian bayaran balik untuk diploma sy?
Wassalam yang. Untuk pengetahuan, yang hanya dibolehkan untuk pengecualian adalah kelas pertama bagi ijazah sahaja. yang diploma awk kena bayar sepenuhnya. tiada pengecualian bagi diploma walaupun diploma awak tu pointer macam kelas pertama. untuk degree pulak, nak buat pengecualian tapi ada semester yang bertindih dengan tajaan lain kan. saya bg contoh sem 1 & 2 awk ditaja sepenuhnya oleh ptptn yang tu awk boleh mohon pengecualian. sem 3 & 4 pulak awk ditaja jpa tetapi duit ptptn still masuk lagi yang demikian awk tidak boleh mohon pengecualian. kena bayar semula pinjaman bagi sem 3 & 4 tersebut. yang tu dikatakan bertindih, and ptptn ade state dalam syarat syarat mohon pengecualian bg ijazah kelas pertama. jelas? hehe. kalau awk rasa nak lebih penjelasan lanjut awk terus je pergi pjbt ptptn yang berhampiran. :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam kak, kalau time degree nanti saya pinjam ptptn, dalam masa yg sama saya minta zakat selangor setiap sem, agak2 boleh ke dpt pengecualian pembayaran kalau saya dpt first clasa nanti?
DeleteWassalam. kalau zakat tu bukan dalam bentuk perjanjian / tajaan, boleh mohon pengecualian. asalkan tiada pertindihan dengan tajaan lain bagi permohonan pengecualian.
Deletesalam sis, nak tanya untuk diploma boleh ke jd biasiswa?
ReplyDeleteWassalam yang. tiada pengecualian pembayaran/ penukaran kepada biasiswa bagi diploma. Pengecualian hanya ke atas pemegang IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA & SETARAF sahaja.
DeleteHi sis saya nak tnye, kalau diploma saya apply ptptn, pstu I sambung degree skrg pun apply ptptn juga. If I gt first class results in my degree, I can straight apply pengecualian for my degree then only I settle my diploma payments? Ke I must fully settle diploma fee baru bole apply pengecualian?
ReplyDeleteHai. yup. u can straight apply for the pengecualian after u hv ur degree convocation.
DeleteDiploma holder x boleh ke apply utk pengecualian?
ReplyDeleteLike I was mentioned. Pengecualian hanya ke atas pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama shj. :)
DeleteHi sis..nk tanya..pointer utk 1st class in degree pihak u yang tentukan atau pihak ptptn yang tentukan utk tukarkan ke biasiswa tu??
ReplyDeleteHai dear. Like I said, PTPTN akan refer to the degree certificate yang ada tulis first class only.
DeleteHi sis. Nak tanya. Diploma saya pinjam ptptn. Habis diploma saya sambung degree, pakai ptptn jugak.
ReplyDeleteSaya ada call ptptn, saje2 nak tahu kalau ada tunggakkan. Then ptptn ckp saya ada tunggakkan untuk diploma. Walhal saya dah hantar surat tunda bayaran sebab sambung belajar. Then ptptn ckp bill diploma dan degree berlainan, bill diploma akan terus jalan, so bila habis degree nanti boleh jadikan kedua-dua bill jadi satu bill, dan bill akan jadi kosong balik (kira gabung bill diploma dan degree then start bayar balik).
Persoalan saya, kalau saya gabungkan bill tersebut dan apply pengecualian bayaran balik boleh ke?
Hi sis.. nak tnya.. kalau nak apply pengecualian bayaran balik ni.. mmg kena settlekan habis ke tunggakan..? Ke boleh berunding dgn pihak ptptn.
ReplyDeletesebb sy xpernah bayar utk pinjaman ptptn msa diploma.. sy xmampu lagi nk bayar habis tunggakan..
Kak, cth kalau saya ada repeat paper utk subjek in sem 1, then masa last result saya dpt degree kelas pertama, still boleh mohon pengecualian bayaran tu ke even saya ada repeat paper sem1?
ReplyDeleteye. tak kesah awak benda tu semua. as long as last result first class degree.
DeleteA'salam sis, tumpang tanya, termasuk atau tak? 3% caj perkhidmatan maksudnya untuk caj perkhidmatan sahaja kena bayar walaupun dapat pengecualian bayaran ptptn
ReplyDeleteWassalam. saya tak bayar caj apa apa pun.
Deleteassalamualaikum..boleh sy tahu klau utk stdent uitm first class kene dekan setiap sem ke..? atau just pointer je yg kene 3.5 above n x dpt dekan setiap sem pom tak pe...?
ReplyDeleteWassalam. ye. asalkan result terakhir dapat first class. tak kesah kalau tak dekan setiap sem pun.
Deletesalam sis , tumpang tanya.hari tu saya dh hntr 3 benda yg mcm sis bgtau . borang pengecualian,transkrip dan sijil yg tlh disahkan.then lepas bagi kat officer tu dia mcm xcakap apa2.dia bgtau tnggu result dlm bulan 7 nnti.dia xada bg slip ke apa ke yg mngesahkan sya sudah hantar borang permohonan pengecualian pembayara. mmg mcm tu ke?sbb sya ada baca blog someone actually slpas kita bg dokumen2 tu semua,officer tu akan bagi slip mengesahkan kita dah hantar borang apply pengecualian pembayaran.please help me sis .so mcm mna? whatshould i do?
Deletewassalam. seingat saya, saya pon tak dapat apa2 lepas saya hantar tu. saya cuma tunggu surat jawapan dari ptptn sampai di rumah je.
DeleteAssalamualaikum sis nak tanya. Pengecualian bayaran balik ni, maksudnya tak payah bayar sepenuhnya ke. Atau dapat diskaun?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tak payah bayar sepenuhnya. 😊
DeleteKak, kalau ambik ptptn boleh repeat subjek ke ?
ReplyDeleteBoleh je. But I don't encourage you to do that ok. 😊
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHi sis , permohonan pengecualian tu hanya bole buat after convo atau before convo pun da bole apply ? Thanks sis
ReplyDeleteMacam i dah stated, buat after convo sebab Ptptn nak kan sijil ijazah kita yang full & ada tulis ijazah kelas pertama tu. We can only get the certificate after the convocation.
DeleteHi sis. Tumpang tanya. Sy sekarang ada ambik ptptn waktu diploma. Dan sekarang sy dh nk habis diploma ,dh nk dekat sem 6 .Nanti saya kena settlekn loan ptptn waktu diploma ni semua ke, baru boleh apply ptptn utk degree pulaa??
ReplyDeleteSbb saya mmng nk ambik ptptn utk degree jg. Tapi saya keliru kena settlekn dulu loan ptptn masa diploma ke canne huhu