A Great Women Stand on Their Owns

Thursday, 4 August 2016

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sekalian pembaca. Sihat ka semua? Semoga baik baik belaka lah semuanya. Alhamdulilah.

Memandangkan blog ni memang khas update setahun sekali jaa.. haaaaa ni nak mai habaqqqqq nak maiii ceghitaaaaaa kat hampa semua pasai tajuk hat kat ataih nung. Hampaaa semua mesti nak tau kan lebih lanjut pasai ni. Alhamdulilah cik zue dah pun tamat pengajian pada Julai 2015 dan telah bergraduasi pada April 2016 haaa lamaaa tu nak tunggu untuk convocation day. Dan telah berjaya jugak mendapat maklum balas daripada PTPTN lepas ni dipanggil Perbadanan (hat yang kami pinjam duit dulu nak sambung dgreee tuuu) alaaa mesti hampa familiar kan. Haaaaaa Alhamdulilah permohonan kami untuk terkecuali dalam pembayaran balik pinjaman telah diluluskan. Terusss lah kami kongsikan kegembiraan haaa pi buh kt instagram share pulak laaa kat facebook nung.. Ada yang mai tanya nak buat macam mna, proses berapa lama, nak dokumen apa, nak pointer berapa. Sebenarnya mudah jaaa and ni kami mai update sebab nak bagitau hampa mcm mana kami buat.

Yang pasti hampa ni budak degree dan kena grad dulu. sbb time tu lah hampa dapat scroll/degree certificate and full transcript hampa. Dan hampa make sure lah yang hampa first class degree holder atau setaraf dengannya baru hampa boleh mai mintak pengecualian nohh. Lepas tu hampa cepat cepat la pi website PTPTN  > http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian untuk semak syarat syarat yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan tu. Baca nahh, lps tu hadam dan fahami lah pulak mengenai  soalan lazim dekat sini > http://www.ptptn.gov.my/web/guest/pengecualian-bayaran-balik  dan dah rasa mencukupi syarat yang telah ditetapkan, maka boleh la pergi ke website ni pulak untuk mendownloadload load borang pengecualian tersebut > http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 (ambil yang no. 2). Okay hampa da dapat borang complete kan and make sure hampa kena ada salinan degree certificate dan full transcript yang dah dicop pengesahan oleh timbalan pendaftar / bahagian pengurusan rekod yang mengeluarkan sijil sijil tersebut sahaja. Kalau UiTM tak silap cik zue, kena pi mintak pengesahan kat UiTM Shah Alam. Takpa laa mai jauh2 pon.. Nanti berbaloi baloiiiii.. Oh yaa lagi 1 hampa make sure nahh ada tulis kelas pertama pada sijil degree hampa. And don't worry PTPTN tak measure pointer dah as long as hampa memang student kelas pertama mengikut requirement universiti hampa. Dah complete semua hampa pi lah pejabat PTPTN yang berhampiran untuk majukan permohonan tersebut. Mudah ja kan?

Lagi.. yang boleh cik zue bebel, untuk diploma holder, make sure hampa ada settle hutang diploma (in case hampa guna loan ptptn sewaktu diploma)  bagi memudahkan urusan pemprosesan pengecualian bayaran balik tu. Atau sekurang kurangnya mengikut persetujuan jumlah yang telah ditetapkan, Peringatan juga selepas grad hampa buat cepat cepat nohh application ni since permohonan valid setahun dari tarikh konvo hampa. Paham dak kami ceghita ni?

Ni nak mai tunjuk surat kelulusan yang diterima. Kami apply dalam awal bulan 5 hari tu lepas kami grad dan Alhamdulilah bulan 7 kami dah terima surat kelulusan daripada PTPTN.


                Surat kelulusan yang diperolehi oleh cik zue setelah 2 bulan tunggu.
                                  
Okay tak mau bebel lagi dah. Good luck untuk hampa semua nohh. In sha Allah dipermudahkan segalanya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari cik zue, in sha Allah bertemu di lain waktu.

Wassalam.